Percutian dirancang

Seperti yang dirancang, aku abang mak and abah bercuti ke Langkawi cuti Tahun Baru Cina ni. Abah memang nak pergi time orang ramai, biar rasa kemeriahan katanya. Dipendekkan cerita, kami bermalam di Langkawi dua malam. Alhamdulilah semua berjalan lancar sebab kereta sewa, hotel and everything dah di booked terlebih awal. Tak sempat nak pergi banyak tempat sebab masa tak mengizinkan. 


Dataran Lang. Tetiba aku macam teruja tengok replika ni waktu malam sebab macam cool gila. So better pergi sini waktu malam 

Esoknya kitorang plan naik bot. Oleh sebab kitorang nak kejar masa, abah pun decide la sewa bot yang memang untuk family kita je (4 orang je pun). First dia bawak pergi Pulau Beras Basah. Kat sini boleh mandi, keadaan yang panas terik tu aku mandi tanpa memikirkan sunburn. Hehe then dia bawak pergi eagle feeding. Dapatlah tengok helang berterbangan mencari ikan yang tak jumpa. Kalau nak tahu helang tinggal kat mana, beliau tinggal dekat pokok yang takde daun :) Lastly, Tasik Dayang Bunting. 


Beli baju ni semata nak mandi pantai. Hai Baju baru! Muehehehe :D


Perlu naik dan turun tangga baru jumpa tasik ni. Best thing pasal tasik ni adalah ia ditengah laut AND air tasik ini tak bercampur dengan air laut. Dalam Al-Quran ada cakap. Macamana tasik ini terjadi pun sangat hebat.



Imma soooo happy sebab dapat bagi ikan makan roti Hihihi


Dekat tasik ni jugak boleh berenang tapi kena sewa life jacket dia. Aku tak cuba sebab aku takut sikit dengan air. Kalau setakat main air tepi pantai tu boleh lah. And tasik ni sedalam 30 meter. Gilaaa kau hahaha


Pose gedik yang sempat dibuat heh heh heh 

Lepas balik langkawi, cadang untuk ke Cameron Highland keesokannya. Malang tak berbau bila perjalanan ke Ipoh untuk bermalam dibatalkan bila kitorang terlibat dalam kemalangan dekat highway Sg Dua. Cerita camni, abah drive dekat line dua and time tu kereta banyak and semua slow. Tetiba ada Latio hitam masuk depan kereta kitorang and slow lalu berhenti bila dah terlanggar. Abah break tapi dah terlalu dekat menyebabkan abah sodok jugak kereta tu. Mujur kereta satria belakang kitorang sempat break. Ya Allah, tuhan saja tahu apa perasaan time tu. Mak mengerang kesakitan,shock mungkin dan aku cuba untuk menenangkan. Abang and abah keluar untuk melihat kereta. 5 buah berlanggar. Peliknya tak sampai 2 minit beberapa budak muda datang untuk "menyelamatkan keadaan". Ni semua kerja diorang mungkin sebab kereta first yang berhenti tiba2 tu terus pergi tanpa berjumpa kami. Yang aku kesian Latio yang kitorang langgar tu sebab besar langgar kecik faham2 jelah cane. Kalau dia tak masuk mungkin dia tak kena.



Tangki air bocor so kalau kitorang gerak Kluang takut enjin rosak, nanti takboleh claim insurans. Sebaik mana abah jaga kereta ni akhirnya bercium juga. Kesian transformer ni heee

Orang penunda tu bagi bermacam janji. Dia suruh tinggalkan kereta kat bengkel diorang and balik naik teksi. Tambang teksi je RM1300. Masalahnya barang banyak sangat dalam kereta and abah TAK MUNGKIN tinggalkan kereta ni. Nak bagi orang lain bawak pun susah. Lepas buat report, kitorang deal dengan tauke dia sebab nak bawak balik kereta ni ke Kluang dari Pulau Pinang dengan tow truck.


Bayangkan bila duduk dalam kereta ni dari Penang ke Kluang. Gila jauhh tapi dugaan Allah beri, tempuh jela :) tapi gila kau tak bangga duduk atas tu. Driver kat depan lagi haha Soalan teka-teki : Banyak2 kereta, kereta apa yang gerak tapi tak dipandu? jawapannya kereta kitorang lah! haha :D Alhamdulilah selamat sampai rumah. Terima kasih Allah. 


p/s : Berati-hatilah dijalan raya and pastikan jarak dengan kereta depan anda selamat. Ewahhh buat iklan pulak dia. Esp highway Penang sebab lepas kitorang kena, ada 2 lagi kejadian macamni kat highway tu. Macam dirancang bukan? Allah saja yang tahu