Cerita imam muda asyraf


Bila tiba ulangtahun perkahwinan, pasti yg takkan dilupakan ialah abah dan mama. 

Abah.. Dari seorang yg pemalu. Demi anaknya, sanggup menghadap keluarga bakal menantunya. Betapa sukarnya melafazkan kata pembuka menyatakan hasrat anak lelakinya. Walaupun anak lelakinya belum mempunyai kerja dan masih dlm pengajian. Bukan sedikit belanja dikeluarkan. Bukan sedikit penat lelah melayani karenah dan harapan anak lelakinya yg byk songeh ini.

Begitu juga Mama... Penat mama dibuatnya memikirkan pakaian, hidangan, hantaran dan hiasan. Pelbagai hajat anak lelakinya yg mahu diturutkan. Tapi itulah 'rasa' hati seorang ibu. Mahu melihat anak gembira.

Terima kasih juga buat keluarga mertua... Yg sanggup memberi kepercayaan menjaga anak perempuan kesayangan mereka diambil seorang lelaki yg langsung tak kaya. Belum bekerjaya. Malah masih belajar.

Namun atas dasar keyakinan terhadap konsep rezeki dan bagi menutup pintu maksiat, mereka sudi menerima insan yg tidak seberapa ini...

Terima kasih semua.. Sekian dahulu..
"Abah dan Mama didahulukan, Mertua diutamakan"



Takde motif. Saje je post sebab macam cool sangat. haha Bye :P