Sihir Pukau

Hati aku tk tenang lagi selagi benda ni tak settle. Ku search Google tentang amalan ni. Aku dah tunjuk semua ni kat mak and abah. Abah dah sedar, cuma mak aku yang macam sibuk nak jumpa Cina celaka tu. Dua tiga hari ni mak aku memang kena marah plus kena sindir jela dengan aku haha malam ni insyaallah bawak pergi jumpa kawan abah. Lek jom baca!


Pukau adalah sejenis ilmu sihir yang digunakan bagi menguasai fikiran manusia. Melalui sihir ini,minda,hati dan tingkah laku mangsa di pengaruhi secara jahat melalui bantuan jin jin yang mampu menguasai manusia yang lemah roh atau jiwanya.
Pukau digunakan bagi mempengaruhi mangsa sehingga tidak dapat mengawal diri dan hanya menurut perintah.Mangsa menyerahkan apa sahaja yang ada di tangannya seperti wang,barang kemas dan mengeluarkan wang daripada akaun bank tanpa disedari.Keadaan ini digunakan oleh para penjenayah dan pencuri.Ia juga dinamakan sebagai ilmu penunduk. Mangsa mampu melupakan perihal kejadian itu atau berada dalam keadaan separa sedar,tetapi tidak berdaya berbuat apa apa. Pukau juga digunakan sebagai ilmu pengasih.

Ilmu pukau dapat disampaikan kepada mangsa melalui beberapa cara.
• Pancaran mata beserta mantera.
• Sentuhan,seperti berjabat tangan atau tepukan dibahu beserta mantera.
• Penggunaan minyak wangi yang di calit sedikit.
• Pemujaan jin dengan menjamu jin sebelum rompakan dijalankan
Penguasaan ilmu pukau kepada mangsa bergantung pada beberapa faktor. Mangsa yang mempunyai kekuatan jiwa atau kekuatan minda sukar dipukau. Mangsa yang menjaga hubungannya dengan Allah juga dilindungi Allah daripada bahana ilmu pukau.
Cara pencegahan pukau ;
  • Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Hindari daripada berbual dengan orang yang mencurigakan seperti penjual (salesman) yang datang ke rumah tu. Kan banyak kes pasal kena pukau di rumah terutamanya bila berseorangan.
  • Elakkan merenung mata orang yang tidak dikenali. Sebaiknya, kurangkan eye contact kalau rasa orang itu mencurigakan.
  • Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun di tempat awam. Pukau boleh berlaku di mana-mana sahaja, tak kira jantina mahupun tempat.