Hidupku diduga lagi

Bangun pagi gosok gigi mandi kejap lagi.

Semalam.
Malam.
Baru balik,dan terasa kecoh sebentar di dapur. Abah tengah makan nasi lemak orang bagi,mak pulak seperti berleterkan sesuatu. aku pun singgah kejap, "kenapa ni kenapa?" lalu pergi ke abah dan makan nasi lemak tu sikit hehe. Lapar dan sangat lapar. Muka mak seperti menghampakan sesuatu. "kenapa ni mak? ceritalaaaaa" Mak pun jawab "panjang ceritanya" sambil duduk.

Lalu mak pun meneruskan ceritanya 
"Tadi petang after kenduri kawin tu, mak dengan abah pegi Econsave. lepas beli barang tu ada orang tu macam panggil. Ada lah contest ni ala-ala gores dan menang tu." Hmm patutlah pelik tadi petang mak dengan abah balik lambat. Aku sebenarnya ada rasa tk sedap hati time tu. Then? "Dia tunjuk lah sapa pemenang2 bende alah tu. hadiah macam2 contoh bayar RM8000 dapat percutian lah,kereta lah,etc. Dia pun ada tunjuk surat khabar yang kononnya benda alah ni betul lah." Aku tengok abah. Sekali lagi muka abah hampa. Masa ni aku mendidih je hati "Mana ada orang nak bagi kereta bila bayar RM8000?" Saat tu aku monolog sendiri, "kenapa bodoh sangat mak bapak aku ni?!!" Fuhh air mata mengalir dah tapi ku tahan jua. Abah kata "abah pun taktahu. Macam kena pukau. Abah tktahu apa abah buat tadi." "Kitorang bawak orang tu pergi pejabat dia sekali." aku cam whatttt $#^&**?! Abah tkpernah benarkan orang lain naik kereta inikan pulak abah boleh bawak orang tu. Sampai pejabat dia, orang tu talk3. "abah bawak orang tu pergi bank and keluar RM800. lagi RM7200 bayar hari isnin." aaaaaa aku cam "Ya Allah,apa ni?" Jelas lagi kekecewaan abah. 

Darah aku dah mendidih dah. Aku geram bila abah dengan mak kena tipu macamtu je. Lepastu mak suruh aku cek pasal syarikat Zutronic Entrprise ni kat internet, and aku tk jumpa apa pun. Mak cakap "dia tanya cikgu eh?pastu mak kata haah. dia kata ni mesti banyak duit ni" Aku jawab "mak ni tk cukup lagi ke duit yang ada tu?" Mak diam. Air mata ku jatuh akhirnya. Macam-macam kitorang fikir nak amik balik duit tu. Hmm mak cadangkan supaya nak slow talk mintak balik duit tu. Aku meninggi suara lagi "Mak dengar sini eh, orang kalau dah dapat duit ada ke nak bagi balik hah??!" Mak terdiam. Abah pun bersetuju dengan kataku. Mak yakin benar nak jumpa balik orang tu and akak pulak kata "Mana kita tahu kalau tetiba dia ada pisau ke,parang ke. tk ke benda buruk lagi akan berlaku?" Mak seperti melawan balik. Aku naik darah lagi sambil tengok akak aku cakap "KENAPA SUSAH SANGAT NAK YAKINKAN MAK NI?!!" aku diam dan diam dan diam. Sakit hati aku time tu. Aku cakap kat abah "biar jelah bah RM800 tu, orang yang miskin kena tipu beribu-ribu inikan pulak abah yang berduit. Mungkin Tuhan nak uji abah dengan mak still tamak tak dengan apa yang dah cukup ni." Abah dan mak terdiam. Ni la akibat bila anak bongsu dia dah bagi bed time story. Lepastu mak dan abah pun keluar dari bilik aku. 

Selepas itu, aku skype dengan ifa tapi tk ingat berapa lama. Then aku ngantuk. Aku baring dan fikir kenapa semua ni berlaku, mungkin abah ada silap dan mak jugak. Mungkin aku banyak jugak silap. Aku tak dapat bayangkan kalau aku ada time tu sebab mak dan abah kata mereka hanya mengiyekan semuanya. Takpelah, RM800 tu sikit je tuhan amik :) Mak ada kata, kejadian yang kita selalu elakkan ni la yang terjadi akhirnya. Takpelah mak, ada hikmah semua ni. Tapi stil sekarang aku sakit hati lagi. Aku jumpa cina tu memang aku pijak kepala dia. Kejadah dia la buat parents aku camni.

Rasanya sekarang boleh mandi kot sebab nak keluar jalan-jalan melawat Kluang. Eh pesanan, jangan biarkan mak ayah anda jalan berdua even diorang nak date sekalipun. Pastikan bawa anda! muehehehe take care!