Sebab?


Ada waktu, apa yang aku pilih untuk lalui, tidak bersebab. Tiada. 
Aku putuskan untuk laluinya sahaja. Redah. 

Mungkin dalam melaluinya itu, aku akan jumpa sebabnya. 
Mungkin. 

Tapi kalau sebabnya aku tak jumpa, juga.

Bermakna. 
Ia. 
Memang. 
Tidak. 
Bersebab. 

Sebab aku pilih untuk melaluinya untuk berada di sana.
Dan bukan disini. 

Jadi jangan tanyalah kenapa aku tiada di sini. 
Kerana aku pilih untuk berada disana.



















Thank You, Love.   
Beban

Dia seolah membawa 8 karung beras di atas badan

Dadanya seperti dihempap batu seberat 1000 tan

Kakinya macam diikat oleh tanah dan kepalanya digantung di awan

Katanya mencintai aku itu satu beban






Bukti

Kata kau;
Sayang itu tak perlu buktikan
Sebab kita selalu saja boleh rasakan
Ia bukan dari perbuatan
Tapi dari perasaan
Jadi tak perlu tunjuk pada sekelian.


Ye sayang,aku faham
Tapi aku kan cuma perempuan yang ada kalanya mahukan perhatian.
Tak salah kan?