Aku tak layak bahagia


Nanti,
Allah akan ganti saya,
dengan sesuatu yang lebih baik.


Mungkin bukan seseorang jugak.
Mungkin Allah bagi nikmat lain.
Rasa aman. rasa tenang. rasa damai.


Mungkin Allah bagi pengalaman.
Rasa syukur. rasa sabar.

Mana boleh Allah ambik saya,
tanpa beri awak apa-apa.

Nanti, Allah beri ganti, yang lebih baik.

Percaya.


“Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. Maka kasihilah aku seadanya, selagi layak aku dikasihi. Bukan berlebihan sehingga tepu, bukan pula kurang sehingga layu.”


Cuba untuk melupakan.



Keterujaan tengok bola live

Pagi Sabtu dikejutkan dengan panggilan dari akak "adik kat mana? nak tengok bola tak malam ni? kalau nak, petang karang naik bas pukul 5. Nanti kitorang amik kat Larkin" Aku ni pantang diajak. Laju aje hehehe stadium penuh dengan penyokong Harimau Selatan. Aumm aumm 

Alhamdulillah dapat tempat duduk bawah sekali so dapat tengok semua orang hehe

Time ni memang diorang bangun sebab aku nak amik gambar. Special for me. Padahal tak kenal pun sape sukahati je suruh diorang bangun balik hahaha

HAPPY 29TH BIRTHDAY TMJ! We love you!

Pembalingan resit berjemaah




THIS IS JOHOR DARUL TAKZIM


Kenangan CESC 2013

For student civil engineering first year, we got a camp selama dua minggu. Maigad, tolong jeles ye budak engineering lain  sebab korang takde kem macamni :P Tapi ni bukan kem main-main. Ni untuk cover subjek sem tiga nanti. Kira markah untuk subjek tu depends on kerja kitorang buat kat sini, presentation and etc. Tempat pun best, dekat dengan sungai tapi takboleh mandi, bilik aircond, makanan sedap, and yang penting aiskrim dia jual kat situ sangat mahal tapi laku hahaha

First day dah kena jalan 3km dengan jerebu lagi. Berhenti tepi jalan tepi kebun getah menikmati kitkat beramai-ramai. Apa aku boleh cakap, groupmates aku semua okay semua bagi kerjasama semua gila semua best. Kitorang buat kerja 830-1200 and sambung 230-600petang. Malam pulak ada discussion apa yang kitorang buat that day 900-1200 malam. Lepastu baru boleh tidur. Selama dua minggu tu, sehari je dapat cuti. Nampak macam kem tentera tapi ada la sikit tentera tu hehe. Penat tapi seronok. Dari kem ni la belajar kenal coursemates, kalau tak? Haram nak kenal. Malas nak upload semua, tengok jela apa ada

Conteng jalan memang paling power. Ukur jalan sebenarnya

Kak Wawa, Kak Ju and Kak Zu : The best and crazy's sister of supervisor ever 
Time ni kitorang dok lambai2 penyokong Kelantan yang lalu balik dr final FA haritu. MERIAH!

Kami di atas highway yeayy :D


Sukaneka. Encik Fairus Haffis Lan Amin Nik Azry : The best and crazy's brother of supervisor ever 
Diorang la yang selalu ajak aku lepak luar makan roti canai. Muehehe

Group Presentation. Kitorang bina satu syarikat which is i sebagai Project Manager insha allah one day ameen! Rancang nak buat chalet and hotel dekat tempat yang kitorang survey tu untuk bangunkan tempat tu (Countryview Recreation Park Jeram Besu, Pahang) Our CEO (kemeja putih) tu foreigner merangkap leader kitorang, dia sangat rajin and anything semua dia nak buat. Pandai toksah cakap la, 4flat kot sem lepas! 

Last night there. Thank you Kak Zu jaga kitorang kat sini, tunjuk mana kitorang taktahu, marah mana yang salah (ok yang ni tipu sebab kak zu tak pernah marah kami hehe), bantu saya mana yang patut, and also sponsor maggi. Rindu kak zu sangat sebab nanti kak zu nak pindah dah hmm (bajet macam kak zu baca)

Thank you to all coursemates. Kenangan yang best dari kau orang. Selamat Berpuasa!

Sebab?


Ada waktu, apa yang aku pilih untuk lalui, tidak bersebab. Tiada. 
Aku putuskan untuk laluinya sahaja. Redah. 

Mungkin dalam melaluinya itu, aku akan jumpa sebabnya. 
Mungkin. 

Tapi kalau sebabnya aku tak jumpa, juga.

Bermakna. 
Ia. 
Memang. 
Tidak. 
Bersebab. 

Sebab aku pilih untuk melaluinya untuk berada di sana.
Dan bukan disini. 

Jadi jangan tanyalah kenapa aku tiada di sini. 
Kerana aku pilih untuk berada disana.



















Thank You, Love.   
Beban

Dia seolah membawa 8 karung beras di atas badan

Dadanya seperti dihempap batu seberat 1000 tan

Kakinya macam diikat oleh tanah dan kepalanya digantung di awan

Katanya mencintai aku itu satu beban






Bukti

Kata kau;
Sayang itu tak perlu buktikan
Sebab kita selalu saja boleh rasakan
Ia bukan dari perbuatan
Tapi dari perasaan
Jadi tak perlu tunjuk pada sekelian.


Ye sayang,aku faham
Tapi aku kan cuma perempuan yang ada kalanya mahukan perhatian.
Tak salah kan?


Site Visit



View from Taman Bukit Permai area Kg Cheras Baru. People keep asking "agak2 bila nak runtuh eh?" and aku akan cakap "kitorang pun tengah tungu dia nak runtuh ni sebenarnya" k tak kelakar la soalan tu haha kecondongan batu ni melebihi 90 darjah. Sangat bahaya! and atas tu ada condominium i guess. Keliling ni pulak ada rumah flat. Kalau mengikut kajian batu ni tahan beratus tahun. Tapi aku still nak tunggu dia runtuh hehe peace

Paling buruk always me huh

Balik dari site  visit ni mintak pakcik bas tu hantar ke bustop yang dekat dengan TBS. Lepastu dia berhenti dekat bustop yang kononnya dekat dengan TBS kalau naik jejantas yang ditunjukkan. Hampeh padahal  TBS jauh lagi! Kalau jalan kaki tu mesti Wesak tahun depan baru sampai. Nasib teksi ada. Kurang ajar punya pakcik bas. Sampai hatimu meninggalkanku ditengah kesesakan jalan raya -..- byes



Hai orang jauh

Buat entry semataaa untuk ifa sebab kita ingat birthday awak besok..... hahahaha teruk sorry fa hihih


Last day dia jumpa kami sebelum gerak ke UPM. Pergi fakulti engine sebab nak jumpa Ahmad. Eh tak tak nak jumpa Ikaaa! HAHAHA


Happy Birthday Afifah sayang!
Never get older!
Mojojojo kirim xoxo dari sini :D



Out Out Out

Cuti 1Mei, semua keluar so kita pun kena lah keluar ye dak? haha jauh jalan sampai ke KL. Niat nak mencuci mata, tapi cermin mata yang dibelinya. Mak tahu aku membazir ni mati lah nak :D tak sempurna perjalanan tanpa gambar :P kbye 

Lunch berserta ice blended coffee. Kenyang sampai salah naik train HAHA and dua hari berturut sakit kepala gara-gara minum coffee!


I am still learning how to smile sopan-ly :P

Ewahh bajet oversea pulak dia :D

Misi diteruskan ke Midvalley dengan harapan nak tengok Iron Man III tapi beratur mak aihh macam nak beli tiket tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus! Kesian mal tak dapat tengok HAHA tolong gelakkan. So jumaat pun kitorang keluar lagi sebab dah janji nak belanja wayang. Sampai Mines, makan pizza, tengok wayang, makan secret recipe pulak, beli lagi McD. Awak, sorry sebab tak kawal nafsu makan. Saya dah cuba tahan tapi takbolehhh hahaha 3 bulan tak jumpa, nanti mesti awak senyum tengok kebesaran saya hehehe. Dua hari dating dengan Mal je. Ika, Ifaa, Aisyah and Nisa bila lagi ye? hihihi


SUKOL UPM 12/13

Berakhirnya sofbol interkolej dengan kemenangan Kolej Tun Perak sebagai naib johan and kolej 17 yang diwakili oleh doktor2 yang mendapat johan. Hingat senang ke nak masuk final? Main dalam group pun dah stress gilo. Alhamdulilah masuk final and paling bangga when we can beat kolej 13. Seriously masa final kitorang banyak sangat mistake. Dengan padang basah lagi, ntah macam takde semangat nak main. Aku lebih rela main tengah panas dari main lepas hujan. Straight seminggu main sofbol. Penat gilaaaa toksah cakap lah. Rasa macam nak qadha' tidur 5 hari hehehe. Ada satu game tu aku telah melakukan aksi sungguh dramatik. Mesti malu kalau ehem2 aku tengok HAHA


Aku taktahu la apa yang kitorang beriye tengok time ni hahaha hodoh gila muka

Gaya itu perlu ye walaupun tak pukul :P


Umpire buat mistakes and pihak lawan kena tolak satu mata. hih

My supporters and also Malihah yang sanggup turun padang tengok saya. Terharu iskisk


Bersama walid kitorang yang handsome! :D Masuk final walid belanja kitorang BBQ. wootss



Someone far away

Its normal bila ada perasaan jeles bila tengok couple yang berkepit 24/7 hours. Terfikir jugak "diorang ni tak pernah gaduh ke? bahagia selalu ke?" kadang2 fikir jugak "hmm tak bosan ke hari-hari tengok muka yang sama? makan sama, pergi class same? oh tidaklah aku nak macamtu". Tengok diri, ah forever alone again. Mana taknya, si dia always busy. Serupa outstation. Takpayahlah nak berharap dia text or call. Everytime aku nak text mesti fikir dulu dia akan reply atau tidak. If not, serupa takpayah text kalau buat sakit hati sendiri. Tapi, tetap text jugak.. Masa tak text or call, banyak je benda nak cerita or tanya. Dengan harapan bila dapat cakap boleh la borak lama sikit. Ni bila dapat je hampehhhhh semua lupa tah mana je terbang. Sakit hati kita. So conversation tu terpaksa dihentikan secepat mungkin. Almost everyday aku tunggu nak dapat cakap dengan dia, tapi bila nak call je aku akan rasa "okay you just makes him more annoying to you. jangan ganggu dia. better don't call" Again beralah lagi dengan hati. Hai hati, kenapalah kau tak keras sikit?

Semangat :')


17 Again


One of the movies that you must watch
Zac Efron, marry me pleaseeeeee. Why you're so sweet ?!!


When someone asked how they managed to stay together for 65 years, the old women replied "We were born in a time where if something was broke, you fixed it.....Not throw it away."



DateFit

HOW TO MAKE A MAN HAPPY

1. Feed him
2. Sleep with him
3. Leave him with peace
4. Don't check his phone (Msgs)
5. Don't bother him with his movements

So whats so hard about that?

HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY


It's really not too difficult but.... To make a woman happy, a man only needs to be


1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a plumber
10. a mechanic
11. a carpenter
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate

WITHOUT FORGETTING TO


44. give her compliments regularly
45. Go shopping with her
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls


AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO

50. give her lots of attention
51. give her lots of time,especially time for herself
52. give her lots of space, never worrying about where she goes.

BUT MOST OF ALL IT IS VERY IMPORTANT


53. never forget
*birthdays
*anniversaries
*valentine
*arrangements she makes.


Alahai rindunya




Forever midvalley

Oleh sebab last week test berderet seminggu, hari khamis lagi dah book Mal nak ajak pergi Midvalley punya pasal sebab hati meronta nak beli baju. Okay sifat membazir ni memang tak patut ikut. Tapi nak buat macamana, dah dididik sejak kecil wuwuwu. Habis test jumaat pagi aku terus tunggu bas south city. As usual, kalau bas tu sampai kolej10 mesti pack gila. Mal dah dalam bas. Masa bas sampai je aku tunggu depan pintu belakang. Ada chinese tu turun sebab nak bagi orang lain turun. Tak sempat chinese tu naik aku dah naik dulu sambil hati berkata "aherherher sapa suruh turun :P" kesiannya chinese tu tak dapat naik. So dia kena tunggu bas setengah jam lagi hahahaha jahat gilaa ya allah farhana. Sampai je midvalley opkos amik duit dulu, tangan dah gatal nak keluar duit ni. Belum ptptn keluar lagi, kalau pt keluar habis aku shopping. haha Akhirnya aku dapat sweat shirt dekat Uniqlo and satu tshrt comel yang diidam dua minggu lepas hihi bahagia betul hati. Ikutkan banyak sangat benda nak beli, dala tengah sale. Abang dekat roxy tu menghasut suruh beli purse, ada ke patut. Nasib tak beli. Ya allah, nafsu ni bahaya betul. 

Berlakon senyum. Tu senget sebelah hokhok hodoh -..-


Should of bought you flowers
And held your hands
Should of gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party
Cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing
But shes dancing with another man
-When I Was Your Man-


Ajarkan aku macamana nak kurus. Kurus sikit pun jadilah :'\


Sabar



memang.
memang sabar itu tak mudah.


terlebih lagi saat hati sedang remuk redam.
terluka, terguris. terusik.
tapi memang saat itulah sabar harus diaplikasi.
sabar memang sinonim dengan duka, luka, kecewa.
saat tawa dan canda, sabar mungkin tak beerti.


mengakui beriman?
maka kerana itulah sekarang kamu diuji.


maka, bersabarlah,
walau hanya dengan separuh jiwa yang tersisa.
kesat air mata.
Tuhan ada.





Taat pada siapa?

This entry i copy paste from Keknis aka Hanis Zalikha. Maybe sebab entry dia yang ni macam comel sangat sangat hahaha aku baca pun gelak sorang-sorang. Terasa jugak sebenarnya kehkeh :P


Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself

So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.


Okay dah boleh sambung buat report and assignment. Warm up kejap je ni hihik kbai xoxo!

Cerita imam muda asyraf


Bila tiba ulangtahun perkahwinan, pasti yg takkan dilupakan ialah abah dan mama. 

Abah.. Dari seorang yg pemalu. Demi anaknya, sanggup menghadap keluarga bakal menantunya. Betapa sukarnya melafazkan kata pembuka menyatakan hasrat anak lelakinya. Walaupun anak lelakinya belum mempunyai kerja dan masih dlm pengajian. Bukan sedikit belanja dikeluarkan. Bukan sedikit penat lelah melayani karenah dan harapan anak lelakinya yg byk songeh ini.

Begitu juga Mama... Penat mama dibuatnya memikirkan pakaian, hidangan, hantaran dan hiasan. Pelbagai hajat anak lelakinya yg mahu diturutkan. Tapi itulah 'rasa' hati seorang ibu. Mahu melihat anak gembira.

Terima kasih juga buat keluarga mertua... Yg sanggup memberi kepercayaan menjaga anak perempuan kesayangan mereka diambil seorang lelaki yg langsung tak kaya. Belum bekerjaya. Malah masih belajar.

Namun atas dasar keyakinan terhadap konsep rezeki dan bagi menutup pintu maksiat, mereka sudi menerima insan yg tidak seberapa ini...

Terima kasih semua.. Sekian dahulu..
"Abah dan Mama didahulukan, Mertua diutamakan"



Takde motif. Saje je post sebab macam cool sangat. haha Bye :P

Percutian dirancang

Seperti yang dirancang, aku abang mak and abah bercuti ke Langkawi cuti Tahun Baru Cina ni. Abah memang nak pergi time orang ramai, biar rasa kemeriahan katanya. Dipendekkan cerita, kami bermalam di Langkawi dua malam. Alhamdulilah semua berjalan lancar sebab kereta sewa, hotel and everything dah di booked terlebih awal. Tak sempat nak pergi banyak tempat sebab masa tak mengizinkan. 


Dataran Lang. Tetiba aku macam teruja tengok replika ni waktu malam sebab macam cool gila. So better pergi sini waktu malam 

Esoknya kitorang plan naik bot. Oleh sebab kitorang nak kejar masa, abah pun decide la sewa bot yang memang untuk family kita je (4 orang je pun). First dia bawak pergi Pulau Beras Basah. Kat sini boleh mandi, keadaan yang panas terik tu aku mandi tanpa memikirkan sunburn. Hehe then dia bawak pergi eagle feeding. Dapatlah tengok helang berterbangan mencari ikan yang tak jumpa. Kalau nak tahu helang tinggal kat mana, beliau tinggal dekat pokok yang takde daun :) Lastly, Tasik Dayang Bunting. 


Beli baju ni semata nak mandi pantai. Hai Baju baru! Muehehehe :D


Perlu naik dan turun tangga baru jumpa tasik ni. Best thing pasal tasik ni adalah ia ditengah laut AND air tasik ini tak bercampur dengan air laut. Dalam Al-Quran ada cakap. Macamana tasik ini terjadi pun sangat hebat.



Imma soooo happy sebab dapat bagi ikan makan roti Hihihi


Dekat tasik ni jugak boleh berenang tapi kena sewa life jacket dia. Aku tak cuba sebab aku takut sikit dengan air. Kalau setakat main air tepi pantai tu boleh lah. And tasik ni sedalam 30 meter. Gilaaa kau hahaha


Pose gedik yang sempat dibuat heh heh heh 

Lepas balik langkawi, cadang untuk ke Cameron Highland keesokannya. Malang tak berbau bila perjalanan ke Ipoh untuk bermalam dibatalkan bila kitorang terlibat dalam kemalangan dekat highway Sg Dua. Cerita camni, abah drive dekat line dua and time tu kereta banyak and semua slow. Tetiba ada Latio hitam masuk depan kereta kitorang and slow lalu berhenti bila dah terlanggar. Abah break tapi dah terlalu dekat menyebabkan abah sodok jugak kereta tu. Mujur kereta satria belakang kitorang sempat break. Ya Allah, tuhan saja tahu apa perasaan time tu. Mak mengerang kesakitan,shock mungkin dan aku cuba untuk menenangkan. Abang and abah keluar untuk melihat kereta. 5 buah berlanggar. Peliknya tak sampai 2 minit beberapa budak muda datang untuk "menyelamatkan keadaan". Ni semua kerja diorang mungkin sebab kereta first yang berhenti tiba2 tu terus pergi tanpa berjumpa kami. Yang aku kesian Latio yang kitorang langgar tu sebab besar langgar kecik faham2 jelah cane. Kalau dia tak masuk mungkin dia tak kena.



Tangki air bocor so kalau kitorang gerak Kluang takut enjin rosak, nanti takboleh claim insurans. Sebaik mana abah jaga kereta ni akhirnya bercium juga. Kesian transformer ni heee

Orang penunda tu bagi bermacam janji. Dia suruh tinggalkan kereta kat bengkel diorang and balik naik teksi. Tambang teksi je RM1300. Masalahnya barang banyak sangat dalam kereta and abah TAK MUNGKIN tinggalkan kereta ni. Nak bagi orang lain bawak pun susah. Lepas buat report, kitorang deal dengan tauke dia sebab nak bawak balik kereta ni ke Kluang dari Pulau Pinang dengan tow truck.


Bayangkan bila duduk dalam kereta ni dari Penang ke Kluang. Gila jauhh tapi dugaan Allah beri, tempuh jela :) tapi gila kau tak bangga duduk atas tu. Driver kat depan lagi haha Soalan teka-teki : Banyak2 kereta, kereta apa yang gerak tapi tak dipandu? jawapannya kereta kitorang lah! haha :D Alhamdulilah selamat sampai rumah. Terima kasih Allah. 


p/s : Berati-hatilah dijalan raya and pastikan jarak dengan kereta depan anda selamat. Ewahhh buat iklan pulak dia. Esp highway Penang sebab lepas kitorang kena, ada 2 lagi kejadian macamni kat highway tu. Macam dirancang bukan? Allah saja yang tahu